UNCTAD Unjur Ekonomi Global Naik 2.5 Peratus
2022-10-04 14:29:04 CRI
Ekonomi global diunjur tumbuh 2.5 peratus pada tahun ini dan susut kepada 2.2 peratus menjelang 2023, menurut laporan Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD).
Laporan Perdagangan dan Pembangunan 2022 UNCTAD berbunyi, semua rantau menerima impak akibat kemelesetan ekonomi, khususnya negara-negara membangun, dengan purata pertumbuhannya dijangka jatuh ke bawah 3 peratus.
UNCTAD turut memberi amaran bahawa kenaikan kadar faedah mendadak oleh Amerika Syarikat (AS) akan menjejaskan pendapatan negara-negara membangun dengan ketara.

