HSR Jakarta-Bandung Tarik Tumpuan Masyarakat Indonesia
Selepas proses pengangkutan selama lebih sebulan dari Jakarta, gerabak Unit Gandaan Elektrik (EMU) untuk landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung tiba di Bandung mutakhir ini.
Gerabak berkenaan akan lengkap digabungkan dan diuji di sana sebagai persiapan untuk operasi percubaan yang dijadualkan pada akhir tahun ini.
Selain dibangunkan dengan teknologi EMU ‘Fuxing’ China, reka bentuk tren itu juga berintegriti dengan elemen budaya Indonesia.
Dengan bentuknya yang bergaris arus, tren yang diwarnai perak dan merah itu turut menarik tumpuan perhatian masyarakat Indonesia.
Dalam perkembangan lain, kesemua 13 terowong di sepanjang landasan itu telah siap dibina, manakala lebih 92 peratus kerja pembinaan subgred, jambatan dan stesen sudah diselesaikan setakat ini.
Landasan HSR Jakarta-Bandung sepanjang 142 kilometer dengan kelajuan operasi maksimum 350 kilometer sejam.
Ia merupakan landasan HSR pertama di rantau Asia Tenggara dan projek ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Selepas siap sepenuhnya kelak, perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan dipendekkan kepada 40 minit berbanding lebih tiga jam pada masa ini.