Kenaikan Kadar Faedah Fed Burukkan Lagi Ekonomi Eropah

2022-10-05 14:27:58  CRI
Share with:

Kenaikan kadar faedah secara berterusan oleh Rizab Persekutuan (Fed) akan memburukkan lagi ekonomi Eropah yang bergelut dengan krisis tenaga dan inflasi tinggi.

Menurut ahli ekonomi Eropah, negara di benua berkenaan terdedah kepada masalah aliran modal, kadar tukaran dan inflasi susulan tindakan Fed itu.

Dalam pada itu, Ketua Ahli Ekonomi Antarabangsa ING, James Knightley berkata tindakan agresif seumpama akan meningkatkan risiko kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat (AS) sendiri.