Operasi Tren Kargo China-Eropah Catat Prestasi Mantap

2022-10-06 15:07:33  CRI
Share with:

Perkhidmatan tren kargo China-Eropah mencatatkan prestasi operasi yang mantap dalam tempoh Januari hingga September, menurut jabatan perkhidmatan kereta api wilayah Xinjiang. 

Difahamkan, penghantaran kargo dari Xinjiang menuju Eropah terus meningkat secara stabil dalam tempoh tersebut. 

Antaranya, jumlah larian menerusi pintu keluar masuk Alashankou mencatat 4,617, meningkat 4.6 peratus manakala Horgos mencatat 5,346 dengan pertambahan sebanyak 10.6 peratus.

Pada waktu pagi tadi, tren yang dimuat 50 kontena berisi barang keperluan harian, komponen auto dan alatan isi rumah bertolak dari Horgos, Xinjiang ke Malaszewicze, Poland.

Ia menyaksikan jumlah larian tren kargo dikendalikan menerusi dua pintu keluar masuk itu melebihi 10,000 buat tahun ini.