38 Maut Insiden Tembakan Rambang di Thailand

2022-10-07 14:03:54  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 38 orang termasuk kanak-kanak maut dalam insiden tembakan rambang yang berlaku di sebuah taska di wilayah Nong Bua Lamphu, timur laut Thailand pada Khamis.

Suspek dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan, kemudian membunuh isteri dan anaknya sebelum membunuh diri.

Difahamkan, lelaki bersenjata berusia 34 tahun itu merupakan bekas anggota polis yang telah diberhentikan perkhidmatan kerana kesalahan berkaitan dadah tahun lalu.