Pusat Media Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Bakal Beroperasi

2022-10-08 16:10:39  CRI
Share with:

Pusat Media Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) akan mula beroperasi pada 12 Oktober nanti.  

Difahamkan, pusat perkhidmatan khas bagi wartawan terletak di Hotel Nikko New Century Beijing.

Pusat Media ini juga akan menyediakan perkhidmatan kepada wartawan  dari  Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Makau, Taiwan dan negara-negara asing yang membuat liputan kongres tersebut, termasuk urusan pas wartawan, menguruskan permohonan wawancara, menganjurkan pelbagai sidang akhbar dan mengaturkan aktiviti wawancara.

Pada masa yang sama, laman web rasmi  pusat media, iaitu http://20th.cpcnews.cn dan akaun rasmi di platform media sosial termasuk Wechat, Sina Weibo, ByteDance turut dibuka mulai pada 10 Oktober nanti untuk kemudahan wartawan.