Britain Digesa Pulangkan Segera Kepulauan Malvinas kepada Argentina
Dalam persidangan Pertubuhan Negara-negara Amerika (OAS) ke-52 yang ditutup pada 7 September lalu, para wakil dengan sebulat suara meluluskan resolusi yang menyokong “hak yang sah” Argentina terhadap Kepulauan Malvinas (yang disebut sebagai Kepulauan Falkland oleh Britain) serta menyeru menyelesaikan persengketaan berkenaan melalui “rundingan damai”.
Ini bukan kali pertama OAS menyuarakan pendirian itu. Pertubuhan itu pernah meluluskan pelbagai resolusi untuk menyokong Argentina mengambil balik kedaulatan terhadap Kepulauan Malvinas melalui dialog damai.
Resolusi yang dibuat berdasarkan hakikat tersebut mencerminkan suara bersama negara-negara Amerika serta harapan mereka untuk menghapuskan kesan buruk akibat penjajahan.
Mengapa kerajaan Britain enggan duduk di meja rundingan? Selain hendak memiliki sumber minyak dan gas asli yang kaya di kawasan perairan kepulauan tersebut, Britain juga hendak menunjukkan kekuatannya di kawasan Amerika-Latin melalui latihan tentera dan penempatan senjata penangkis serangan udara.
Dalam persidangan ke-51 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang ditutup baru-baru ini, pelbagai pihak menggesa negara-negara Barat termasuk Britain menyingkap kembali dosa asal penjajahan dan bertindak untuk membetulkan kesalahannya.
Pelbagai pertubuhan serantau termasuk Pasaran Bersama Amerika Selatan(MERCOSUR), Komuniti Amerika Latin dan Caribbean(CELAC) serta OAS juga menyeru Britain berunding dengan Argentina untuk menyelesaikan masalah Kepulauan Malvinas. Tetapi politikus Britain enggan mengadakan rundingan dengan alasan “sejarah isu itu telah berakhir”.
Menganggap isu Kepulauan Malvinas sebagai isu sejarah dan mencari alasan untuk menduduki kepulauan itu untuk selama-lamanya. Inilah kehendakan politikus Britain. Tetapi sejarah itu tidak berakhir.
Bukan hanya PBB dan OAS, malah negara-negara membangun termasuk China serta masyarakat antarabangsa juga menyokong tuntutan sah Argentina tentang kedaulatannya ke atas kepulauan tersebut.
Dengan ini, Britain yang bersikap hipokrit digesa menyingkap kembali sejarah, membetulkan kesalahan serta menyambung semula rundingan dengan segera untuk memulangkan Kepulauan Malvinas kepada Argentina.