China Berdaya Maju Bidang Inovasi

2022-10-10 12:04:33  CRI
Share with:

Pentadbiran Harta Intelek Negara China (CNIPA) merekodkan sebanyak lebih 3.95 juta permohonan pendaftaran harta intelek di negeri ini diluluskan dalam tempoh sepuluh tahun sejak 2012.

Menurut CNIPA, prestasi baik yang dicatat bermula 2012 hingga 2021 itu menyaksikan peningkatan purata tahunan sebanyak 13.8 peratus.

Selain itu, jumlah kumulatif cap dagangan yang berdaftar dengan CNIPA melepasi 35.56 juta, berada pada tahap peningkatan sebanyak 25.5 peratus.

Sebelum ini, Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) meletakkan China di kedudukan ke-11 bagi Indeks Inovasi Global (GII) 2022, berbanding tempat ke-34 pada 2012.