Lindungi Burung Hijrah, Elakkan Pencemaran Cahaya

2022-10-10 09:09:39  CRI
Share with:

Sekolah Rendah Jalan Jilin di bandar Qingdao provinsi Shandong mengadakan aktiviti bertema “Fokuskan pencemaran cahaya, lindungi burung hijrah” pada 8 Oktober lalu yang juga merupakan “Hari Burung Hijrah Sedunia”.

Murid-murid memakai hiasan burung kertas pada kepala untuk berpura-pura menjadi burung hijrah dalam aktiviti tersebut.

Dengan cara menghasilkan lukisan dan kraftangan, aktiviti tersebut kondusif bagi meningkatkan kesedaran murid-murid untuk melindungi burung hijrah daripada pencemaran cahaya serta memelihara kekayaan biodiversiti.