Thailand Dilanda Banjir Besar
2022-10-11 13:10:02 CRI
Imej satelit disiarkan Agensi Maklumat Geografi dan
Pembangunan Teknologi Angkasa Thailand (GISTDA) pada Isnin menunjukkan, air
sungai dari kawasan banjir di utara Thailand sedang mengalir ke wilayah tengah
negara itu.
Dilaporkan, banjir yang dicetuskan hujan lebat dan limpahan air sungai telah menenggelami tanah lebih 3,200 kilometer persegi di lebih 20 wilayah di bahagian tengah Thailand, antaranya tanah ladang seluas kira-kira 430 kilometer persegi.