Martabatkan CPEC Sebagai Projek Contoh BRI

2022-10-11 13:12:19  CRI
Share with:

Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) merupakan projek rintis yang berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan juga projek ikonik kerjasama dua hala pada era baharu.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam taklimat media pada Isnin.

Menurutnya, bidang tenaga antara yang menyaksikan peruntukan paling besar, perkembangan paling pesat serta paling produktif dalam kerjasama CPEC.

Usaha sama itu bukan sahaja menyediakan bekalan tenaga yang bersih, mantap dan berkualiti kepada Pakistan, malah mencipta banyak peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan, di samping membantu memupuk modal insan dalam pengurusan projek tenaga.

Tambah beliau, China bersedia terus memperdalam kerjasama saling untung dengan Pakistan berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi ke arah memartabatkan CPEC sebagai projek contoh pembangunan berkualiti BRI.