Pavilion Pempamer China, Tumpuan dalam GITEX Ke-42

2022-10-11 14:57:30  CRI
Share with:


Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) Ke-42 yang berteraskan kecerdasan  buatan (AI) dan perbandaran digital telah membuka tirainya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Isnin. 'Kebijaksanaan China' boleh terasa melalui produk dan pakej perkhidmatan serta penyelesaian terkini yang dibawa perusahaan negara  ini.

Dimaklumkan, lebih 5,000 pempamer termasuk puluhan dari China terlibat dalam pameran yang berlangsung  selama lima hari itu.

Sebagai salah satu hab  kewangan dan logistik antarabangsa, Dubai giat mengembangkan perdagangan  entrepot dan pelancongan, di samping menumpu kepada pembinaan rangkaian prasarana yang moden. Justeru, pelan penyelesaian yang dibekalkan syarikat China dalam pameran kali ini dilihat sebagai pilihan yang kondusif bagi pembangunan  perbandaran pintar tempatan.

"China Moblie pernah membekalkan beberapa banyak pakej penyelesaian kepada projek pelabuhan pintar di  dalam negeri sendiri. Dengan kejayaan itu, kami mendorong penggunaan 5G+ di  negara Asia Barat, sekaligus mengadakan kerjasama dengan pelabuhan setempat  dalam transformasi digital supaya dapat membantu mereka memacu perkembangan  pintar yang berunsurkan maklumat," ujar Naib Pengurus Besar Syarikat Antarabangsa China Mobile Berhad di Asia Barat, Chen Yan.

Sementara itu, Pengarah  Urusan Tenaga Digital Huawei di Asia Barat, Yao Jiang berkata, bagi bertindak selaras dengan trend perkembangan Asia Barat yang berorientasikan pendigitalan dan karbon rendah, pihaknya telah memperkenalkan pusat data modul pasang siap  (Prefabricated Modular Data Center) yang boleh mempercepat pembangunan berkenaan  melalui penjimatan masa lebih separuh dan penjimatan tenaga yang berkecekapan  tinggi. Selain itu, Huawei juga membekalkan banyak sistem penyimpanan tenaga  fotovoltaik kepada Arab Saudi dan UAE, yang dilihat sebagai sumbangan besar  dalam peningkatan nisbah penggunaan tenaga mesra alam tempatan.

Untuk rekod, GITEX yang  diinisiatif pada tahun 1980 adalah salah satu daripada tiga pameran teknologi maklumat yang paling berprestij di seluruh dunia. Temasya edisi 2022 yang  berfokus kepada hasilan teknologi tercanggih dalam bidang AI, robot, data raya,  keselamatan siber, blockchain, pengiraan kuantum dan teknologi kewangan, dijangka akan menyaksikan kehadiran pengunjung seramai 100,000 orang  lebih.