Xi Tahniah Van der Bellen Kekal Pegang Jawatan Presiden Austria

2022-10-11 13:22:20  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengirim ucapan tahniah kepada Alexander Van der Bellen yang meneruskan penggal kedua sebagai Presiden Persekutuan Austria, pada Isnin.

Xi menerusi perutusan berkata beliau amat mementingkan hubungan China-Austria, dan bersedia bekerjasama dengan presiden itu untuk mendorong pembangunan baharu perkongsian strategik mesra ke arah memberi manfaat kepada dua negara dan rakyat.