Pusat Media Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Beroperasi

2022-10-12 16:24:20  CRI
Share with:

Pusat Media Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) mula beroperasi hari ini, dengan menyediakan perkhidmatan bagi memudahkan wartawan tempatan dan asing membuat liputan kongres nanti.

Difahamkan, pusat itu akan mengatur petugas media dalam dan luar negeri untuk membuat liputan agenda penting persidangan, selain sesi wawancara bersama wakil PKC serta sesi taklimat.

Selain itu, pengamal media asing juga diberikan peluang untuk melakukan kunjungan di Beijing dan menjalani temu bual eksklusif bersama wakil berkenaan.