Jurang Pendapatan Penduduk Bandar, Desa Terus Mengecil: NBS

2022-10-12 14:41:15  CRI
Share with:

Jurang pendapatan relatif antara penduduk bandar dan luar bandar di China terus mengecil dalam tempoh sepuluh tahun lalu, menurut Biro Statistik Negara (NBS).

Laporan terkini NBS menunjukkan, pendapatan boleh guna per kapita penduduk seluruh negara berjumlah 35,128 yuan (RM22,935) pada tahun lepas, menokok 18,618 yuan (RM12,155) berbanding 2012.

Ini bermakna, kadar peningkatan sebenar purata tahunannya mencapai 6.6 peratus selepas ditolak faktor harga.

Dalam pada itu, nisbah pendapatan boleh guna per kapita penduduk bandar dengan penduduk luar bandar pada 2021 mencatat 2.50, susut 0.38 berbanding 2012.

Menurut laporan itu, secara keseluruhannya pendapatan penduduk mengekalkan pertumbuhan pesat sepanjang sedekad lalu sekali gus mendorong tahap serta keupayaan perbelanjaan terus meningkat.

Untuk rekod, perbelanjaan per kapita penduduk seluruh negara mencecah 24,100 yuan (RM15,735) pada tahun lepas, bertambah 12,046 yuan (RM7,864) berbanding 2012.