IMF Turun Jangkaan Pertumbuhan Global kepada 2.7 Peratus

2022-10-12 11:43:21  CRI
Share with:

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak turun unjuran pertumbuhan ekonomi dunia bagi 2023 kepada 2.7 peratus daripada 3.2 peratus tahun ini.

IMF dalam laporan terkini berkata, pertumbuhan ekonomi global bagi tahun depan dijangka berkembang pada kadar yang lebih perlahan iaitu 2.7 peratus, dan unjuran itu 0.2 mata peratusan lebih rendah berbanding jangkaan awal.

Laporan itu berbunyi, situasi ekonomi global pada ketika ini menghadapi pelbagai cabaran antaranya termasuk inflasi yang mencapai tahap tertinggi sejak beberapa dekad lalu, keadaan kewangan yang lebih ketat di kebanyakan kawasan, krisis Ukraine serta pandemik yang masih belum reda.