Apakah Peranan GDI--Inisiatif Pembangunan Global?

2022-10-13 15:56:59  CRI
Share with:

 



‘Pada masa sekarang, Laos sedang berusaha menjalankan kempen membasmikan kemiskinan, dengan merujuk kepada pengalaman berharga dari praktik berkenaan yang pernah dijayakan di kampung Shibadong (provinsi Hunan, China)”. Demikian berbunyi surat balas dari bekas Presiden Laos, Boungnang Vorachith kepada penduduk kampung Shibadong, provinsi Hunan, China pada 2019.

Boungnang Vorachith pernah mengetuai satu delegasi meninjau ke kampung Shibadong selepas lawatannya di Beijing pada 2 Jun 2018 untuk menimba pengalaman tempatan dalam ‘pembasmian kemiskinan sasaran secara tepat’. Hasilnya, terdapat semakin ramai orang di Laos berjaya menjana pendapatan berkat perkembangan industri pada tahun-tahun kebelakangan ini.

 

Di Papua New Guinea, pasukan pakar China yang bertugas melaksanakan program teknologi tanaman padi kering dan Juncao (tanaman rumput untuk tumbuhan cendawan) telah menganjurkan bengkel latihan teknologi berkenaan sebanyak 10 edisi setakat Januari 2021. Kini, banyak kawasan yang terbiar sudah berubah menjadi ladang padi yang berwarna kuning keemasan di kampung Finitugu, pekan Goroka, provinsi Eastern Highlands di negara itu.

 

Di Croatia, jambatan Peljesac yang didambakan rakyat tempatan sebanyak beberapa generasi telah siap dibina dan beroperasi pada 26 Julai tahun ini. Projek pembinaan infrastruktur yang ditanggung kontrakor China yang paling besar di Croatia, berfungsi menyambungkan kawasan bahagian utara dengan bahagian selatan di negara itu.

 

Ini merupakan salah satu cerminan tentang pencapaian China dalam mengamalkan konsep inklusif dan pembangunan bersama sejak sekian lama. Kemudahan infrastruktur yang dibina di negara-negara membangun dalam bilangan besar berdasarkan bantuan China, dan kerjasama teknologi kedua-dua pihak terbukti kondusif bagi pembaikan kehidupan rakyat tempatan.

 

Dalam mesyuarat dialog peringkat tinggi pembangunan global dirasmikan Jun lalu, Presiden China Xi Jinping telah mengumumkan sejumlah langkah penting untuk melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) termasuk menaiktarafkan Tabung Bantuan Kerjasama Selatan-Selatan menjadi "Tabung Kerjasama Selatan-selatan dengan Pembangunan Global", mengintensifkan kerjasama pembasmian kemiskinan global, menubuhkan Pusat Promosi Pembangunan Global dan mewujudkan jaringan pengetahuan pembangunan global.

 

Negara-negara ASEAN, kepulauan Pasifik, Afrika, Amerika Latin dan Caribbean serta Asia Tengah berturut-turut memberikan sambutan dan sokongan kepada GDI dalam tempoh setahun lalu.