Guterres Seru Bantu Afrika Tangani Perubahan Iklim

2022-10-13 16:01:58  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru supaya masyarakat antarabangsa bertindak bersama untuk membantu negara Afrika menangani perubahan iklim. 

Guterres berkata kolaborasi antara PBB dengan Kesatuan Afrika (AU) lebih kukuh berbanding bila-bila masa dahulu, namun benua itu tetap berdepan pelbagai cabaran getir.

"Semua negara termasuk anggota Majlis Keselamatan (UNSC) harus menyokong usaha AU dan membantunya merealisasikan matlamat berkenaan," kata beliau semasa menghadiri mesyuarat UNSC di New York pada Selasa.

Beliau turut menegaskan perlunya gerak balas bagi menghadapi kecemasan iklim, yang boleh membawa kepada bencana kemarau, ribut taufan dan banjir kilat. 

“Walaupun benua Afrika hanya menyumbang sedikit kepada pelepasan gas rumah hijau global, tetapi perubahan iklim satu realiti harian bagi kebanyakan penduduk tempatan, bukan ancaman yang jauh,” katanya.