Fed Dijangka Terus Naikkan Kadar Faedah

2022-10-13 15:44:54  CRI
Share with:

Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat kemungkinan akan terus menaikkan kadar faedah untuk dua bulan seterusnya, masing-masing sebanyak 75 dan 50 mata asas.

Demikian menurut catatan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang disiarkan pada Rabu.

Rata-rata pemain pasaran menjangkakan rentak kenaikan kadar faedah oleh Fed menjadi lebih perlahan selepas Disember, dan kadar dana akan mencapai tahap kemuncak pada separuh pertama 2023.