PKC Kumpul Pandangan Laporan Kongres Kebangsaan ke-20

2022-10-13 16:46:51  CRI
Share with:

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat di Beijing pada 31 Ogos untuk mengumpul pandangan dan cadangan tokoh-tokoh bukan anggota PKC mengenai draf laporan Kongres Kebangsaan ke-20 PKC.

Mesyuarat itu dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.

Beliau menegaskan bahawa PKC dan pelbagai parti demokratik hendaklah memperkasa kolaborasi, memperkukuh dan mengembangkan barisan bersatu patriotik, dan berusaha sedaya upaya untuk menggembleng kebijaksanaan dan tenaga serta mengoptimumkan daya usaha dan kreativiti seluruh masyarakat, agar menyumbang kepada pembangunan negara sosialis moden secara menyeluruh dan kebangkitan nusa dan bangsa.