Kenapa GDI Disokong Lebih 100 Negara?

2022-10-13 16:07:35  CRI
Share with:

 


Menurut pandangan Presiden China Xi Jinping, ‘pembangunan patut paling diutamakan di setiap negara’. Hanya dengan memastikan rakyat pelbagai negara menjalani kehidupan yang baik, barulah wujud kemakmuran yang berkekalan, dan keselamatan serta hak asasi manusia  yang terjamin.

 

Sehubungan itu, Presiden Xi mengemukakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dalam Perhimpunan Agung PBB ke-76 pada 21 September 2021. Beliau menunjukkan bahawa "mengutamakan keperluan rakyat, mengutamakan kepentingan sedunia" merupakan pengalaman China dalam memperjuangkan pencapaian cemerlang dan boleh dirujuk oleh pelbagai negara lain.

 

Naib Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai menyatakan bahawa pihaknya menyokong GDI anjuran China, dan akan bersama-sama China untuk melakukan kerjasama multilateral, melindungi kestabilan dan keamanan serantau serta mendorong kerjasama dan interaksi antara pelbagai negara membangun.

 

Naib Setiausaha Agung PBB yang juga Setiausaha Eksekutif Jawatankuasa Ekonomi dan Sosial Asia dan Pasifik (ESCAP), Armida Alisjahbana pula menyatakan GDI anjuran China selaras dengan sejumlah inisiatif anjuran PBB. Kesemua inisiatif tersebut dijangka akan memberikan nafas baharu kepada amalan multiliteralisme dan kerjasama rantau sehingga mendorong pembangunan berterusan pelbagai rantau.


 

Dimaklumkan bahawa sejak dikeluarkan pada setahun yang lalu, GDI telah mendapat sokongan daripada lebih 100 buah negara dan banyak pertubuhan antarabangsa termasuk PBB, manakala terdapat lebih 60 buah negara memilih menganggotai "Kumpulan Rakan GDI".