Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Dirasmikan Ahad Ini

2022-10-13 11:06:09  CRI
Share with:


Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) akan dirasmikan di Beijing pada 16 Oktober.

Keputusan berkenaan dibuat dalam sidang pleno ketujuh Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC yang berlangsung di Beijing pada 9 hingga 12 Oktober.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping menyampaikan ucaptama dalam sidang pleno tersebut.

Sidang pleno itu telah merumuskan usaha yang dilakukan PKC dalam tempoh lima tahun lalu.

Sepanjang lima tahun, Jawatankuasa Pusat PKC yang berteraskan Xi Jinping memimpin seluruh parti, tentera dan rakyat menangani dengan berkesan situasi antarabangsa yang kompleks serta pelbagai risiko dan cabaran getir.

Usaha pembangunan parti dan negara turut melakar pencapaian cemerlang, menyaksikan banyak kesulitan yang wujud sejak sekian lama berjaya diatasi dan banyak perihal yang berkaitan dengan kepentingan  jangka panjang disempurnakan.

Sidang pleno itu juga menganalisis situasi dan misi semasa, di samping mengadakan perbincangan secara mendalam tentang urusan penting berkaitan pembangunan sosialisme bercirikan China pada era baharu dan pembangunan negara sosialis moden secara menyeluruh.

Sidang itu sekali gus membuat persiapan sepenuhnya untuk Kongres Kebangsaan ke-20 PKC.