Petik Puisi Klasik China, Angkasawan Itali Dapat Pujian

2022-10-14 12:35:11  CRI
Share with:

Hantaran angkasawan wanita Itali, Samantha Cristoforetti di media sosial menjadi tular dalam kalangan warganet.

Baru-baru ini, Cristoforetti yang bertugas di stesen angkasa antarabangsa berkongsi fotograf diambil dari ruang angkasa, disertakan bersama petikan puisi bertemakan alam semesta yang dicipta ahli kaligrafi tersohor China pada zaman purba, Wang Xizhi.

Ketika diminta mengulas hal itu dalam taklimat media pada Khamis, jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning turut memberi pujian kepada hantaran berkenan.

Mao berkata penjelajahan alam semesta merupakan impian manusia sejak zaman purba kala, dan penggunaan ruang angkasa secara damai juga dapat meningkatkan kesejahteraan seluruh umat manusia.

Beliau menyeru semua negara berganding bahu menjaga Bumi yang merupakan 'rumah bersama' manusia, dan menjadikan dunia ini lebih indah.