Sidang Kemuncak Keenam CICA Berlangsung

2022-10-14 16:45:41  CRI
Share with:

Sidang kemuncak keenam Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) berlangsung di Astana, Kazakhstan pada 12 hingga 13 Oktober.

Sidang kemuncak itu meluluskan Kenyataan Astana mengenai Penaiktarafan CICA.

Selain itu, pelbagai negara sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan Tabung CICA dan menyokong Kazakhstan terus menyandang negara pengerusi CICA hingga 2024.

Dalam sidang kemuncak itu juga, Kuwait diterima sebagai negara anggota ke-28 CICA.