Pengaman China Dianugerahi “Pingat Kehormat Kedamaian” PBB

2022-10-14 12:12:55  CRI
Share with:

Kesemua 331 anggota skuad kejuruteraan dan perubatan pasukan pengaman kumpulan ke-12 China ke Sudan Selatan dianugerahi Pingat Kehormat Kedamaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 11 Oktober waktu tempatan.

Sejak ditugaskan ke kawasan berkenaan di Sultan Selatan pada bulan Disember tahun lalu, skuad kejuruteraan pasukan pengaman China telah menyelesaikan pembaikpulihan jalan sepanjang lebih 300 kilometer dan lebih 60 projek pembinaan pelbagai jenis, manakala skuad perubatan telah menyediakan perkhidmatan rawatan kepada 1,051 orang di samping menyelesaikan perjalanan jauh sebanyak  dua kali untuk menjalankan program pemeriksaan kesihatan.

Sebelum ini, 86 anggota skuad helikopter pasukan pengaman China kedua yang bertugas di Abyei juga dianugerahi Pingat Kehormat Kedamaian. Markas Pasukan Pengaman Sementara PBB di Abyei mengiktiraf keprofesionalan skuad itu yang ditunjukkan dalam pelaksanaan tugas mereka dan sumbangannya kepada usaha mewujudkan kedamaian yang berkekalan di kawasan Abyei.

Menurut maklumat berkenaan, skuad helikopter China itu sejak ditempatkan di kawasan berkenaan pada 8 November tahun 2021 hingga sekarang telah menyelesaikan 205 kali tugas, yang merangkumi masa penerbangan selama 712 jam, jarak penerbangan sepanjang 135,280 kilometer, jumlah penghantaran penumpang seramai 3,050 orang dan kargo seberat 211 tan, sehingga mendapat gelaran sebagai “kekuatan udara yang sangat diperlukan” oleh pasukan pengaman PBB di Abyei.

Pingat Kehormat Kedamaian melambangkan kehormatan paling tinggi yang disediakan PBB untuk mengiktiraf dan memuji mereka yang membuat sumbangan menonjol dalam pelaksanaan misi pasukan pengaman.