Artikel Xi 'Rakyat Sentiasa Diutamakan' Diterbit Esok

2022-10-15 16:52:21  CRI
Share with:

Artikel tulisan Presiden Xi Jinping yang bertajuk 'Rakyat Sentiasa Diutamakan' akan diterbitkan dalam jurnal Qiushi edisi ke-20, esok.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dalam artikel itu menegaskan bahawa PKC berakar dan bertali darah dalam kalangan rakyat. Gagasan pembangunan yang berpaksikan rakyat mencerminkan kepercayaan, pedoman, aspirasi asal serta misi digalas PKC.

Menurut artikel itu, PKC sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Usaha PKC dalam memajukan sosioekonomi bertujuan untuk memenuhi keperluan rakyat terhadap kehidupan lebih indah.

PKC memandang usaha menjaga kebajikan rakyat sebagai kriteria penting bagi menilai prestasi pentadbiran.

Pegawai pelbagai peringkat hendaklah menegakkan nilai-nilai murni mengenai penggunaan kuasa, prestasi pentadbiran dan kerjaya sendiri.