Xi Dukacita Tragedi Bot Tenggelam di Nigeria
2022-10-15 16:19:25 CRI
Presiden China, Xi Jinping pada Khamis mengirim perutusan takziah kepada rakan sejawatnya dari Nigeria, Muhammadu Buhari susulan insiden bot tenggelam yang berlaku di Anambra, tenggara negara itu.
Xi dalam perutusannya menzahirkan rasa dukacita terhadap kemalangan jiwa akibat insiden tersebut, dan menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa.