Harap Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Berjaya: Jokowi
Presiden Indonesia, Joko Widodo menzahirkan harapan agar Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) dapat diadakan dengan jayanya hingga membolehkan rakyat mengecapi kehidupan lebih bahagia.
Jokowi percaya, kongres itu akan membuat keputusan yang bukan hanya bermanfaat kepada rakyat China, malah kondusif bagi kestabilan serantau dan keamanan dunia, sekali gus menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.
Dalam temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG) mutakhir ini, beliau turut melahirkan hasrat untuk mempererat ikatan muhibah dan kolaborasi dengan China.
Tambah beliau, Indonesia berharap supaya Inisiatif Pembangunan Global dijadikan platform untuk memacu pelaksanaan Agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030 bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).