Xi Pengerusikan Sesi Persiapan Kongres Kebangsaan ke-20 PKC

2022-10-15 19:29:50  CRI
Share with:

Mesyuarat persiapan bagi Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) berlangsung di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang tadi.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.

Mesyuarat itu meluluskan senarai presidium kongres yang terdiri daripada 243 anggota dan juga agenda kongres berkenaan.

Antara agenda kongres termasuk mendengar dan meneliti laporan Jawatankuasa Pusat ke-19, meneliti laporan kerja Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-19, membahas dan meluluskan pindaan Piagam PKC, serta memilih Jawatankuasa Pusat ke-20 dan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-20.