Mesyuarat Pertama Presidium Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Diadakan

2022-10-15 20:37:15  CRI
Share with:

Mesyuarat pertama presidium Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang tadi.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping menghadiri dan menyampaikan ucaptama dalam mesyuarat tersebut.

Mesyuarat itu meluluskan senarai jawatankuasa tetap presidium yang terdiri daripada 46 orang termasuk Xi Jinping, dan laporan penelitian mengenai kelayakan wakil Kongres Kebangsaan ke-20 PKC.