Masyarakat Makmur Sederhana yang Wujud di China Berkualiti Tinggi

2022-10-15 23:51:40  CRI
Share with:

Masyarakat makmur sederhana yang dibangunkan dan sudah wujud di China berkualiti tinggi dan teruji.

Jurucakap Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC), Sun Yeli dalam sidang taklimat di Beijing hari ini menyatakan bahawa masyarakat makmur sederhana yang wujud di China melibatkan segenap aspek termasuk demokrasi rakyat sepanjang proses yang terus berkembang, kesejahteraan rakyat dalam menjalani kehidupan rohani dan kebudayaan yang terus meningkat, perkhidmatan awam yang semakin mudah diakses di peringkat akar umbi, dan tercapainya hasil yang luar biasa dalam pembinaan tamadun ekologi.

Menurut Sun, setakat tahun 2020, bilangan penduduk yang berpendapatan sederhana di China melebihi 400 juta, dan  kualiti kehidupan rakyat meningkat dengan ketara.Setakat penghujung tahun 2020, seramai 98.99 juta penduduk miskin di desa berjaya diatur membebaskan diri daripada belenggu kemiskian. Ini dilihat satu keajaiban dalam sejarah pembasmian kemiskinan manusia. Menyentuh output ekonomi, China kekal merupakan entiti ekonomi kedua terbesar di dunia dengan Keluaran Dalam Negara Kasarnya merekodkan RMB101.6 trilion (66.4 trilion) setakat tahun 2020.

 

Sun menyatakan, Kongres Kebangsaan ke-20 PKC yang akan berlangsung di Beijing pada 16 hingga 22 Oktober itu akan meneliti prospek makro terhadap pengemaskinian dan pelaksanaan  strategi ‘dua langkah’ berhubung  matlamat pembangunan negara sosialis yang moden dan kuat, terutamanya menggariskan misi stratekik dan langkah yang penting untuk tempoh lima tahun akan datang.

Terdapat dua Matlamat Perjuangan Seratus Tahun gubalan PKC untuk pembangunan negara. Yang pertama sudah direalisasikan sempena ulang tahun keseratus PKC pada tahun lalu, iaitu mewujudkan masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh di negara ini. Yang kedua adalah membangunkan China sebagai negara sosialis yang moden dan kuat pada pertengahan abad ini.