Majlis Perasmian Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Disiarkan secara Langsung

2022-10-15 12:54:00  CRI
Share with:

Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) akan membuka tirainya di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada pukul 10.00 pagi esok.

Kumpulan Media China (CMG) dan Xinhuanet akan membuat siaran langsung terhadap majlis perasmian kongres kali ini.

Siaran langsung juga dapat diikuti menerusi stesen televisyen dan radio di serata negara, serta pelbagai laman web berita, platform media baharu dan sebagainya.