Xi Perincikan Tugas Utama PKC

2022-10-16 15:07:10  CRI
Share with:

Tugas utama digalas Parti Komunis China (PKC) pada fasa seterusnya adalah memimpin rakyat ke arah merealisasikan Matlamat 100 Tahun Kedua untuk membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang kuat, dan memacu kebangkitan bangsa secara menyeluruh menerusi modenisasi ala China.

Demikian kata Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping ketika membentangkan laporan pada majlis perasmian Kongres Kebangsaan ke-20 PKC pagi tadi.

Xi berkata modenisasi ala China mengandungi elemen-elemen yang biasa wujud dalam proses pemodenan semua negara, di samping menonjolkan keunikannya berdasarkan keadaan negara ini.

Jelas beliau, modenisasi China membabitkan populasi besar, kemakmuran bersama, kemajuan seimbang dari segi kebendaan dan kerohanian, simbiosis antara manusia dan alam, serta komitmen menempuh jalan pembangunan secara damai.