“Dinamik Sifar COVID-19” Saintifik dan Selaras dengan Keadaan China

2022-10-16 08:04:40  CRI
Share with:

Pendekatan "dinamik sifar COVID-19" yang dilaksanakan di China adalah saintifik dan selaras dengan keadaan negara ini. 

Demikian ujar Jurucakap Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC), Sun Yeli pada sidang media di Beijing pada Sabtu.

"China mengutamakan keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat dalam mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan pandemik. Protokol antipandemik negara ini terbukti dapat mengekang penularan wabak dengan kos terendah dalam masa tersingkat," katanya.

Menurut Sun, China merupakan sebuah negara yang populasinya besar, jumlah warga emas banyak, pembangunan tidak seimbang di kawasan yang berlainan, dan menghadapi kekurangan sumber perubatan. 

"Dengan ini, pelaksanaan pendekatan 'dinamik sifar COVID-19' bukan sahaja kondusif bagi menjamin kadar jangkitan dan kes kematian kekal minimum, tetapi juga boleh memastikan pengoperasian sosioekonomi mantap di negara ini,”kata jurucakap itu.

Sun menambah, China sentiasa mengemaskini dasar pencegahan dan kawalan wabak, dan telah mengumumkan protokol antipandemik sebanyak sembilan edisi setakat ini. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan pandemik diambil China dipercayai akan lebih saintifik, tepat dan berkesan.