Pengalaman China Boleh Ditimba: Tokoh Politik Asing

2022-10-16 16:14:38  CRI
Share with:

China melakar prestasi cemerlang dalam usaha membasmi kemiskinan dan memajukan ekonomi, dan pengalamannya boleh dipelajari negara-negara lain.

Pandangan itu disuarakan tokoh-tokoh politik asing dalam wawancara bersama Kumpulan Media China (CMG) akhir-akhir ini. 

Mereka menzahirkan harapan supaya Konges Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) merangka cetak biru untuk pembangunan negara ini pada fasa seterusnya, sekali gus memberi momentum kepada pembangunan global. 

Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari menyifatkan Kongres Kebangsaan ke-20 PKC mempunyai makna sejarah. 

Beliau berkata, China memberi teladan dalam usaha membasmi kemiskinan dan pengalamannya  boleh ditimba pelbagai negara.

Tokoh-tokoh politik asing juga berharap China terus mendorong sistem tadbir urus global ke arah lebih adil dan munasabah, dan memberi sumbangan penting kepada keamanan dan kemakmuran dunia. 

Bekas Presiden Tanjung Verde, Pedro Verona Rodrigues Pires berharap China terus menempuh jalan pembangunan sendiri, dan menyumbang kepada penyelesaian masalah bersifat global serta pewujudan dunia yang lebih selamat, adil, selesa, harmoni dan membawa manfaat kepada semua.