Pergiat Usaha Capai Matlamat Puncak Karbon, Neutral Karbon: Xi

2022-10-16 16:35:57  CRI
Share with:

China akan terus mempergiat usaha untuk mencapai matlamat puncak karbon dan neutral karbon bersandarkan keadaan sumber tenaga sendiri, kata Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping.

Semasa sesi perasmian Kongres Kebangsaan ke-20 PKC di Beijing pagi tadi, beliau menyatakan usaha untuk mencapai matlamat puncak karbon akan dilaksanakan secara terancang dan berperingkat-peringkat.

Xi turut menekenkan perlunya mempergiat pembaharuan dalam sektor tenaga, meningkatkan penggunaan arang batu secara bersih dan cekap, mempercepat perancangan dan pembinaan sistem tenaga model baharu, di samping aktif terlibat dalam tadbir urus global bagi menangani perubahan iklim.