Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Iraq

2022-10-16 11:01:40  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Abdul Latif Rashid atas pelantikan beliau sebagai Presiden Iraq, pada Sabtu.

Xi berkata hubungan persahabatan antara China dengan Iraq terjalin kukuh sejak sekian lama.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rasa saling percaya antara kedua-dua negara dalam bidang politik kian meningkat, menyaksikan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang dilaksanakan dengan mantap.

Menurut Xi, beliau amat mementingkan pembangunan hubungan dua negara dan bersedia bekerjasama dengan Presiden Rashid untuk memantapkan perkongsian strategik China-Iraq ke arah memberi limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak.