Demokrasi Rakyat Sepanjang Proses

2022-10-16 16:48:35  CRI
Share with:

Demokrasi rakyat sepanjang proses yang merupakan inti pati politik demokratik di negara sosialis, adalah demokrasi yang melibatkan paling ramai orang, paling benar dan paling berkesan. Demikian dikatakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping ketika mewakili Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC menyampaikan laporan dalam Kongres Kebangsaan ke-20 PKC yang dirasmikan hari ini.

Berbeza dengan demokrasi Barat yang “rakyat memilih pemimpin”melalui undian, demokrasi di China mencerminkan kedudukan rakyat sebagai tuan rumah, semua kuasa negara dimiliki rakyat, dan jaminannya berdasarkan sistem kongres rakyat. Selain itu, segala urusan rakyat dipantau dan ditangani mereka sendiri. Sistem autonomi rakyat pada peringkat akar umbi berfungsi sebagai batu asas yang penting dalam pelaksanaan demokrasi rakyat sepanjang proses. Sistem autonomi wilayah etnik minoriti merupakan praktik penting dalam pelaksanaan demokrasi rakyat sepanjang proses di kawasan yang berpenduduk ramai etnik minoriti, dan juga dilihat satu penciptaan PKC yang cemerlang dalam membimbing negara yang berbilang kaum. 

Demokrasi di China adalah digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan memelihara kepentingan rakyat. Semua masalah baik di peringkat akar umbi mahu pun di peringkat kebangsaan, adalah ditangani dan diselesaikan melalui demokrasi peringkat akar umbi dan permesyuaratan.

Seramai 2,296 wakil yang menghadiri kongres PKC kali ini adalah dipilih daripada lebih 96 juta anggotanya.

Pada beberapa bulan yang lalu, PKC sudah punh memulakan kerja mengumpulkan pendapat umum mengenai kongres kali ini secara dalam talian.Laman sesawang berkenaan pernah dilayari 660 juta kali dengan pelayarnya dikesan daripada pelbagai bidang dan kalangan masyarakat.

Pada saat sebelum Kongres Kebangsaan ke-20 PKC dirasmikan, Jawatankuasa Pusat PKC juga pernah mengadakan mesyuarat di Beijing untuk mengumpulkan pandangan dan cadangan tokoh-tokoh luar PKC mengenai draf laporan kongres ini.