Modenisasi Ala China

2022-10-16 22:07:07  CRI
Share with:

Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) membuka tirai di Dewan Besar Rakyat di Beijing hari ini. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mewakili Jawatankuasa Pusat ke-19 membentangkan laporan dalam kongres itu. Beliau menunjukkan bahawa misi dan tugasan yang digalas PKC pada fasa seterusnya adalah memimpin rakyat melangkah ke arah memperjuangkan Matlamat 100 Tahun yang kedua untuk membangunkan China sebagai negara sosialis yang moden dan kuat, dan memacu kebangkitan bangsa secara menyeluruh menerusi modenisasi ala China.

Anda mungkin ingin tahu macam mana modenisasi ala China dan apa bezanya dengan yang diusahakan negara lain? Dan mungkin anda ada soalan tentang apa kaitannya antara pembinaan negara sosialis yang moden di China dengan Malaysia?

Sekarang terdapat banyak negara yang berada dalam perjuangan untuk mewujudkan pemodenan negara sendiri.

Pemodenan bergaya China bukan sahaja bertujuan membawa kesejahteraan kepada rakyat negara sendiri bahkan akan membawa faedah kepada rakyat seluruh dunia, dan sememangnya berkaitan dengan kehidupan setiap orang.

Presiden Xi dalam laporannya telah membentangkan ciri-ciri dan inti pati pemodenan di negara sosialis ini yang dipimpin PKC, yang merangkumi persamaan dengan modenisasi di negara lain beserta keistimewaan China yang berdasarkan tata hukumn negara sendiri. Modenisasi ala China melibatkan populasi yang amat besar, visi rakyat untuk bersama-sama menjadi kaya, penyelarasan antara tamadun material dengan tamadun rohani, suasana hidup yang harmoni antara manusia dengan alam, dan pembangunan secara damai.

Yang perlu ditegaskan, pemodenan bergaya China bukan sahaja bertujuan membawa kesejahteraan kepada rakyat China bahkan akan membolehkan rakyat seluruh dunia menikmati ‘dividen’nya. Maka, ia berkaitan rapat dengan hidup harian setiap orang.

Dalam tempoh 40 tahun lalu, hampir 800 juta orang miskin di China telah dibantu membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan menurut standard kemiskinan mutlak Bank Dunia yakni berpendapatan USD1.9 (RM8.8) setiap orang sehari. Angka itu menempati 75% ke atas jumlah orang yang membebaskan diri daripada kemiskinan di dunia pada masa yang sama.

Selaku negara pengeluaran bijirin paling besar di dunia, China yang mempunyai tanah tanaman yang tidak sampai 9% di dunia mampu mengeluarkan bijirin yang kira-kira 20% keseluruhan dunia, sekali gus menyediakan makanan yang mencukupi kepada kira-kira 20% jumlah penduduk di dunia. Serentak itu, China memberikan sumbangan kepada usaha memelihara keselamatan bijirin dunia antaranya termasuk mengeluarkan Inisiatif Kerjasama Keselamatan Bijirin Antarabangsa, menyediakan sokongan kemanusiaan serta menyediakan bantuan teknologi kepada negara membangun.

Membantu rakyat bersama-sama menjadi kaya dijadikan salah satu komponen  misi pemodenan negara China. Maka, China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan ke luar, dan berkongsi peluang pasaran yang lebih banyak dengan negara lain yang dipercayai boleh menyuntik momentum kepada pemulihan ekonomi dunia.

Presiden Xi dalam laporannya menyatakan bahawa China akan memperkukuh dan mempraktikkan konsep “gunung hijau dan air jernih bagaikan timbunan emas dan perak”,menggaris dasar pembangunan dengan komited kepada mewujudkan simbiosis antara manusia dengan alam.

Menurut rekod berkenaan, China sekarang sudah menetapkan pembinaan lima buah taman negara demi memperhebat pemeliharaan biodiversiti.

Menurut Xi, China seterusnya akan mendorong pelaksanaan kempen pembinaan ‘China Indah’ dan pembangunan yang berorientasikan pemeliharaan ekologi,jimat cermat dan hijau, demi matlamat bersama-sama dengan negara lain membangunkan dunia yang bersih dan indah.

Selain itu, ‘divien’ yang China sudi berkongsi dengan dunia masih merangkumi bidang sains dan teknologi dan pertukaran kebakatan.

Kami berharap agar dunia luar boleh mengetepikan prasangka yang melihat pembangunan China sebagai ‘ancaman global’, dan meningkatkan kesudian untuk menginsafi negara yang tidak pernah menjajah, menceroboh atau mencetuskan perang ini. Kami yakin ‘dividen kedamaian’ yang dibawa China untuk memicu pembangunan bersama demi menggalakkan kedamaian adalah terjangkau di pentas dunia yang sudah merupakan komuniti Bumi berkongsi nasib sesama insan.