Firiran Baharu dari Budaya Klasik - Keselamatan Global
Keselamatan ialah asas kedamaian. Oleh itu, berusaha mendamaikan konflik sudah dijadikan konsep kedamaian yang dijunjung tinggi orang China sejak purba kala.
Seawal Dinasti Ming, kira-kira 600 tahun yang lalu, Laksamana Cheng Ho mengetuai armada belayar ke luar negara sebanyak tujuh kali, dan pelayaran setiap kali pun diselesaikan dalam suasana damai. Ketika belayar untuk kali ketujuh, armada itu sampai ke Melaka, semasa kerajaan Melaka bertempur dengan kerajaan Siam. Bagaimanapun, peperangan itu akhirnya diselesaikan di bawah pengantaraan Laksamana Cheng Ho.
Sebenarnya, perbuatan Cheng Ho itu berkaitan dengan fikiran Konfusius, iaitu “kedamaian patut disanjung tinggi”. Budaya itu diwarisi satu generasi demi satu generasi, dan sudah menjadi petua bagi orang China dalam pergaulan, dan juga konsep keselamatan kerajaan China apabila menangani hubungan dengan negara lain.