Kemakmuran Bersama, Keunikan Modenisasi Ala China

2022-10-17 13:32:02  CRI
Share with:

Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Ahad. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping ketika mewakili Jawatankuasa Pusat ke-19 membentangkan laporan dalam kongres itu menyatakan, keunikan modenisasi ala China adalah tercapainya kemakmuran bersama seluruh rakyat.

Sehubungan itu, adalah mustahak untuk memelihara dan mengembangkan kepentingan asas rakyat, memberi tumpuan kepada isu-isu yang menjadi keprihatinan rakyat, di samping meningkatkan keseimbangan dan kebolehdapatan kesejahtaraan dalam kalangan rakyat demi mendorong kemakmuran bersama.


Penduduk dari provinsi Guizhou, barat daya China mempromosikan buah pasionfruit melalui penstriman pada 25 Julai 2022.

Kemakmuran bersama ialah aspirasi rakyat China sejak zaman dahulu kala. Dalam sedekad lalu, sebanyak 98.99 juta penduduk miskin di kawasan luar bandar negara ini berjaya keluar dari belenggu kemiskinan, sekali gus mencipta keajaiban dalam sejarah  pembasmian kemiskinan umat manusia.

Setakat tahun 2020, golongan berpendapatan sederhana berjumlah lebih 400 juta di China, membentuk golongan berpendapatan sederhana yang berskop paling besar dan paling berpotensi di dunia.


Penternak lebah madu dari provinsi Shanxi kelihatan memeriksa kotak lebah madu pada September 2021. 


Wanita etnik minoriti dari provinsi Zhejiang, timur China kelihatan menjual produk pertanian istimewa tempatan pada Oktober 2021.