Keterbukaan dan Kerjasama Arus Sejarah

2022-10-17 15:21:07  CRI
Share with:

Sidang akhbar yang pertama anjuran Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Pusat Media pagi tadi.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Zhao Chenxin dalam sidang akhbar itu menyatakan bahawa membentuk Paradigma Pembangunan Baharu adalah keputusan penting yang dibuat Jawatankuasa Pusat PKC yang diketuai Setiausaha Agung, Xi Jinping berdasarkan pertimbangan terhadap perubahan fasa, persekitaran dan syarat pembangunan, khususnya perubahan keunggulan milik negara sendiri, dan bermakna besar untuk mewujudkan pembangunan yang lebih berkualiti, efisien, saksama, mampan dan selamat.

Menurut Zhao, sejak tahun ini, trend pemulihan secara menyeluruh dapat dilihat dalam operasi ekonomi China, walaupun pernah muncul turun naik pada suatu bulan.

Pada tempoh yang sama, China setelah menghapuskan rintangan yang bermacam-macam berjaya mengekalkan peningkatan pelaburan asing yang berkualiti. Ini mencerminkan syarikat asing berkeyakinan terhadap pasaran China. Pelbagai jabatan negara ini akan sinergi mendorong peningkatan tahap keterbukaan dan mengemaskini dasar terbabit untuk menarik pelaburan asing, malah menjadikannya memainkan peranan yang lebih aktif dalam mendorong pembangunan berkualiti tinggi dan melicinkan kitaran domestik dan kitaran domestik-antarabangsa.