Premium Insurans Pertanian China Kekal Tangga Pertama di Dunia

2022-10-17 11:38:05  CRI
Share with:

Setakat hujung September 2022, pungutan premium insurans pertanian China meningkat 26.7% berbanding  tempoh yang sama tahun lalu, mencatat RMB105.9 bilion (RM69.4 bilion),  kekal menduduki tangga pertama dalam ranking  dunia.

Menurut statistik terkini dari Kementerian Kewangan, kos dan pendapatan berkaitan penanaman padi, jagung dan gandum adalah terjamin di kesemua 826 kaunti utama dari 13 provinsi pengeluar bijirin berkat pelaksanaan dasar insurans pertanian.