China Jamin Keselamatan Tenaga bagi Penuhi Keperluan Domestik

2022-10-17 15:35:22  CRI
Share with:

Sidang akhbar yang pertama anjuran Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Pusat Media pagi tadi.

Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Tenaga Negara China, Ren Jingdong berkata, China akan berusaha untuk mengembangkan tenaga yang boleh dibaharui, menggalakkan transformasi yang mesra alam dan rendah karbon bagi memberikan jaminan kepada pembangunan sosioekonomi yang berkualiti tinggi.

Menurut Ren, wawasan mencapai kemuncak karbon dan neutral karbon amat penting bagi perkembangan mantap bangsa China dan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"China telah mempercepat langkah transformasi yang mesra alam dan rendah karbon, dan menyaksikan tercapainya lonjakan besar dalam peningkatan kualiti dan keberkesanan pembangunan.

"Dalam tempoh sedekad lalu, penggunaan sumber tenaga yang meningkat pada kadar tiga peratus purata setiap tahun berperanan sebagai tunjang bagi pertumbuhan ekonomi yang mencatat 6.6 peratus purata setiap tahun, dan penggunaan sumber tenaga bagi setiap unit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkurang 26.4 peratus secara kumulatif.

"Ini turut membuktikan China telah merintis satu jalan pembangunan yang berkualiti tinggi dengan mengutamakan ekologi, mesra alam dan rendah karbon," katanya.