DPRK, Vietnam, Laos dan Cuba Ucap Tahniah Sempena Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC
Jawatankuasa Pusat Parti Rodong Korea (WPK) Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (PKV), Jawatankuasa Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) dan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba masing-masing mengutus kawat tahniah kepada Parti Komunis China (PKC) sempena perasmian Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC.
Jawatankuasa WPK DPRK dalam kawat tahniahnya menyatakan bahawa pencapaian China membuktikan kemaraannya yang dipandu fikiran Xi Jinping tentang negara sosialis yang bercirikan China pada era baharu adalah tidak terhalang. Pihanya bersedia bersama PKC untuk terus berusaha memperkukuh hubungan kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang.
Jawatankuasa Pusat PKV pula menyatakan Vietnam dan China mempunyai persabahatan yang bersemangat kejiranan. Baik PKV mahupun PKC sedang menerajui pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka menyusul jalan pembangunan negara sosialis. Bantuan yang besar dan berharga yang diberikan PKC, negara dan rakyat China terukir di hati Parti, negara dan rakyat Vietnam sepanjang proses perjuangan revolusi pembebasan bangsa dan usaha pembangunan negara. Pihaknya sentiasa mengambil berat dan bersedia terus bersama-sama PKC, negara dan rakyat China untuk mengukuhkan persahabatan dan mendorong perkongsian kerjasama strategik komprehensif Vietnam-China ke tahap pembangunan baharu.
Jawatankuasa LPRP dalam kawat tahniahnya menyatakan bahawa LPRP, kerajaan dan rakyat Laos menghargai persahabatan tradisional dengan China, bersedia terus memperkukuh dan membangunkan perkongsian kerjasama strategik komprehensif kedua-dua pihak, mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib Laos-China supaya memberi manfaat kepada negara dan rakyat kedua-dua negara sementara memberi sumbangan yang lebih besar bagi keamanan, kerjasama dan pembangunan serantau bahkan sedunia.
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba pula menegaskan pihaknya mengekalkan pendiriannya tentang prinsip "satu China", dan menentang sebarang niat untuk mencampur tangan urusan dalaman China. Pihaknya percaya hasil yang dibuahkan dalam kongres kali ini akan menjadi daya dorongan baharu bagi kemajuan dunia.