China Pertahankan Keterbukaan Bertaraf Tinggi

2022-10-17 14:30:09  CRI
Share with:

Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Ahad. Xi Jinping ketika mewakili Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC memberikan laporan mengatakan bahawa China komited memperkasakan pembangunan berkualiti tinggi dan mempertahankan keterbukaan bertaraf tinggi.

Menurut beliau, China mengekalkan pintu terbuka sebagai dasar asas, mempertahankan strategi terbuka yang saling menguntungkan dan menang-menang, terus menggunakan pembangunan baharu China untuk menawarkan peluang baharu kepada dunia, mendorong ekonomi dunia yang terbuka, serta memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat pelbagai negara.

Sementara itu, menurut Xi, China akan meningkatkan tahap keterbukaan, mempercepat pembinaan negara perdagangan yang kuat, mendorong pembinaan berkualiti tinggi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), serta memelihara paradigma ekonomi dan hubungan perdagangan antarabangsa yang multilateral dan mantap.

Pada masa ini, agregat ekonomi China menduduki 18.5 peratus daripada keseluruhan ekonomi dunia dan peratusan ini menduduki tempat kedua di dunia. Sementara itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita China telah melebihi USD10 ribu. Golongan berpendapatan sederhana di China  berjumlah 400 ribu orang dan inilah golongan berpendapatan sederhana yang paling besar dan bertumbuh paling baik di dunia.

Selain itu, China telah menjadi rakan dagang utama bagi lebih 140 negara dan wilayah di dunia. Jumlah perdagangan kargo China menduduki nombor pertama di dunia, sementara jumlah penerimaan modal asing dan pelaburan asing masing-masing menduduki tempat teratas di dunia.