Pacu Kebangkitan Bangsa China Menerusi Modenisasi Ala China

2022-10-17 15:03:31  CRI
Share with:


Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Ahad.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mewakili Jawatankuasa Pusat ke-19 membentangkan laporan dalam kongres itu.

Beliau menyatakan bahawa tugas utama digalas PKC pada fasa seterusnya adalah memimpin rakyat ke arah merealisasikan Matlamat 100 Tahun Kedua untuk membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang kuat, dan memacu kebangkitan bangsa secara menyeluruh menerusi modenisasi ala China.

Sebuah kampung di kaunti Lianshui, provinsi Jiangsu di timur China, kelihatan rapi dan cantik.

Pesawat penumpang besar C919 buatan China menyelesaikan penerbangan ujian selama lima tahun dan memperoleh sijil daripada Jabatan Penerbangan Awam China pada September 2022.