Xi: Bersatu padu Dorong Kebangkitan Bangsa China

2022-10-17 16:22:38  CRI
Share with:

Tatkala menghadiri sesi perbincangan berkumpulan Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) untuk delegasi wilayah Guangxi pagi tadi, Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa kongres ke-20 PKC yang menunjukkan hala tuju kemaraan PKC dan tadbir urus negara,  merupakan manifesto politik dan panduan tindakan bagi PKC terus mengetuai rakyat berbilang etnik memajukan pembangunan negara sosialis yang bercirikan China pada zaman baharu ini.  

Menurut beliau, membelajari dan menyemarakkan semangat kongres kali ini tidak terlepas dari penginsafan terhadap makna penting kerja yang diselesaikan dalam tempoh 5 tahun lalu dan transformasi dalam tempoh 10 tahun yang lalu yang merupakan satu era baharu, penginsafan terhadap misi mendorong kebangkitan bangsa China melalui pemodenan ala China, penginsafan terhadap revolusi sosial di bawah pimpinan PKC yang giat kai diri serta penginsafan terhadap perjuangan secara bersatu padu yang selaras dengan tuntutan zaman ini.

Selain itu, Xi menyatakan bahawa PKC, negara dan rakyat China perlu bersatu padu bagai “seketul besi keluli yang keras” untuk berusaha bersama-sama memperjuangkan matlamat merealisasikan kebangkitan bangsa China.

Wakil-wakil dari wilayah Guangxi berpendapat bahawa laporan Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC berdasarkan misi kebangkitan bangsa dan tinjauan terhadap perubahan situasi semasa yang tiada tolok bandingnya dalam 100 tahun lalu, menggariskan matlamat dan panduan pembangunan usaha PKC dan tadbir urus negara untuk 5 tahun akan datang bahkan suatu jangka masa yang lebih panjang. Mereka secara sebulat suara menyokong Laporan tersebut yang merangkumi siri konsep, strategi dan langkah baharu berkaitan pembinaan negara sosialis yang moden beserta matlamat Perjuangan Seratus Tahun yang kedua.