Keyakinan China yang Meningkat Boleh terasa dalam Laporan Kongres Kebangsaan ke-20 PKC

2022-10-18 13:05:49  CRI
Share with:

Terdapat sejumlah pakar bahasa warga asing  yang diundang melibatkan diri dalam kerja menterjemah dan menyemak Laporan  Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) versi bahasa asing, seperti  yang dilakukan semasa berlangsungnya Kongres Kebangsaan ke-19 PKC lima tahun  lalu.

Dimaklumkan, kebanyakan pakar asing tersebut  bertutur bahasa Inggeris, Perancis, Rusia, Arab, Laos dan sebagainya, dan pernah  melibatkan diri dalam penterjemahan dokumen penting semasa berlangsungnya sidang  pleno Jawatankuasa Pusat PKC, Kongres Kebangsaan Rakyat (NPC) dan Majlis  Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC).

pakar bahasa Inggeris, Sean Slattery berkata,  perkataan seperti "panduan pembangunan berpaksikan rakyat" dan "tanah air adalah  rakyat, sedangkan rakyat adalah tanah air" memaparkan ikatan keluarga PKC dengan rakyat dan manifestonya untuk menyejahterakan rakyat dengan sepenuh  hati.

Pakar bahasa Rusia, K. Angelina memaklumkan,  persekitaran ekologi khususnya kualiti udara yang menjadi semakin baik tahun ke  tahun merupakan salah satu cerminan perubahan signifikan yang dialami China  sejak akhir-akhir ini. Ini adalah hasil pelaksanaan kempen menghijau tanah air  secara besar-besaran, perjuangan mencegah dan mengawal pencemaran, serta  pembangunan mesra alam dan karbon rendah. Nampaknya usaha PKC adalah konsisten  dalam memperjuangkan matlamat mencapai kemuncak pelepasan karbon dan penetrualan  karbon.

Pakar bahasa Laos, Ongtay Chaleunsouk  menyifatkan modenisasi ala China yang melibatkan rakyat berbilang kaum di bawah  pimpinan PKC, yang bertujuan memastikan segala rakyat bersama-sama menjadi kaya  'tanpa ketinggalan seorang pun', jauh berbeza dengan yang diusahakan di  Barat.

Pakar bahasa Arab, Yahya Mustafa menyatakan,  tak syaklah China akan mengalami pembangunan luar biasa pada masa depan yang  dipercayai akan membekalkan lebih banyak peluang kepada negara lain dan  membolehkan mereka berkongsi pasaran domestiknya yang makmur.

"Sebagai seorang asing, saya berasa gembira  kerana dapat mengalami dan menyaksikan perubahan di China pada dua dekad lalu.  Saya percaya pengalaman di China akan menjadi kenangan berharga sepanjang hayat  saya," katanya.