Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Jadi Tumpuan Dunia

2022-10-18 13:07:30  CRI
Share with:

Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan di Beijing pada 16 Oktober. Persidangan ini bukan sahaja menarik perhatian seluruh rakyat China, malah turut menjadi tumpuan di peringkat global.

Seramai kira-kira 2,500 wartawan dari  210 media dari 80 buah negara dan wilayah berdaftar untuk membuat liputan tentang persidangan kali ini, antaranya termasuk kira-kira 750 wartawan asing.

Mengapakah masyarakat antarabangsa memberi perhatian kepada Kongres Kebangsaan ke-20 PKC?

Pertama, prestasi cemerlang yang diperoleh China menjadi perhatian umum. 

Jumlah penduduk miskin di luar bandar China dikurangkan sebanyak hampir 100 juta pada tahun 2013 hingga 2020. China berjaya mencapai sasaran pembinaan masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh mengikuti jadual, selain mewujudkan matlamat pengurangan kemiskinan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 10 tahun lebih awal daripada jadual.

Kedua, pasaran China menjadi perhatian ramai.

China telah menjadi enjin utama pertumbuhan ekonomi dunia dan rakan dagangan terbesar bagi lebih 120 negara dan wilayah di dunia.

Ketiga, falsafah China mendapat pengiktirafan meluas.

China menganjurkan inisiatif pembangunan global dan inisiatif keselamatan global, dan bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menghadapi pelbagai cabaran. Ketika menghadapi pandemik COVID-19, China menyediakan bahan dan vaksin serta berkongsi pengalaman dan teknologi dengan pelbagai negara.

Tatkala menghadapi krisis iklim dan alam sekitar, China aktif mengambil bahagian dalam tadbir urus global perubahan iklim. Pada masa sama, China bukan sahaja mengumumkan sasaran puncak pelepasan karbon menjelang tahun 2030 dan neutral karbon menjelang tahun 2060, tetapi  juga berjanji  tidak membina lagi projek tenaga arang batu baharu di luar negara.